Program Angkasawan Negara
Hasil dari Program Angkasawan Pertama Negara, program ini berjaya menanamkan rasa kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah antara faedah tidak ketara (intangible) dari program tersebut.
Antara faedah yang ketara (tangible) pula adalah hasil dari program penyelidikan sains mikrograviti yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik daripada UKM, UM, UPM, UiTM, MARDI dan Institut Perubatan Penerbangan, MINDEF. Dari analisa awal yang telah dilakukan, semua kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan, malahan beberapa hasil kajian tersebut telah menghasilkan beberapa paten yang berjaya difailkan di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Di samping itu, sekurang-kurangnya satu technology spin-off akan dikomersialkan.
Angkasawan Negara juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau telah diminta untuk melaksanakan beberapa uji kaji saintifik oleh agensi angkasa antarabangsa seperti JAXA dan ESA.
Kerajaan juga telah bersetuju pada dasarnya, untuk meneruskan Program Angkasawan Negara Kedua ini. Penerusan program ini adalah penting untuk memastikan pembangunan keupayaan negara di dalam sektor angkasa dan juga bidang-bidang berkaitan seperti sains mikro-graviti, teknologi sistem sokongan hayat (life support system) dan kerjasama antarabangsa dapat diteruskan. Namun begitu, penghantaran angkasawan negara ke misi angkasa lepas, sama ada angkasawan kedua, mahupun misi lain akan datang yang menjadi sebahagian dari program ini, akan ditentukan keperluannya oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Program Angkasawan adalah suatu projek high content yang melibatkan pelbagai aspek yang memerlukan kepada perincian yang teliti. Antaranya adalah misi program yang harus mempunyai kandungan yang akan dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada negara di dalam bidang penemuan saintifik, penjanaan ilmu baru, dan penjanaan ekonomi negara. Ini memerlukan tempoh perlaksanaan misi di Stesen Angkasa antarabangsa (ISS) yang lebih panjang (contohnya beberapa bulan). Pembangunan misi saintifik ini telah pun dimulakan oleh pihak Kementerian melalui agensi di bawahnya sejak dua tahun lepas lagi.
Aspek lain yang juga penting adalah kerjasama pelaksanaan program dengan negara Rusia atau dengan Amerika Syarikat. Hanya dua negara ini (sehingga hari ini) yang mempunyai keupayaan untuk menghantar angkasawan ke ISS. Kementerian telah pun mengadakan beberapa perbincangan awal dengan agensi angkasa kedua negara ini dan perbincangan lanjut akan dirancang lagi. Sehingga kini, perincian kerjasama ini masih sedang diteliti oleh pihak Kerajaan.
sumber: http://www.angkasa.gov.my