Taqwim
Tanda-tanda musim yang berlaku secara berulangan dijadikan sebagai tanda waktu bagi merakamkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Tanda-tanda waktu ini juga merupakan tarikh purba yang terawal digunakan dengan simbol-simbol tertentu yang difahami oleh sesuatu kelompok masyarakat pada awalnya, dan akhirnya bertukar menjadi pemahaman umum. Tarikh atau takwim merupakan satu catatan masa mengenai peristiwa. Segala yang berlaku dalam masyarakat, seperti kelahiran, kematian,penaklukan dan sebagainya dicatatkan dengan merujuk sesuatu simbol masa. Justeru itu takwim atau tarikh merupakan catatan sejarah sebagaimana takrifan berikut; ‘tarikh itu ialah masa yang dibangsakan kepadanya waktu-waktu yang kemudian kerana termasyhur dan ternamanya dengan perkara yang berlaku padanya’.5 Dalam kebanyakan tamadun manusia, simbol bagi tarikh purba ini menggunakan objek yang ada di sekeliling mereka. Ini membawa kepada penggunaan nombor dan aksara bagi merakamkan tarikh dan peristiwa di prasasti, termasuk batu nisan, batu bersurat, ukiran dan lukisan mural di kuilkuil.
Penggunaan tarikh yang berasaskan objek langit juga merupakan antara idea ilmu falak yang paling awal di Alam Melayu. Menurut Shaharir Mohamad Zain (2000:198), kebanyakan prasasti yang ditemui di Alam Melayu tidak mempunyai aksara angka secara tersurat, walaupun setengahnya ada perkataan-perkataan simbolik yang mewakili tarikh berbentuk nombor. Misalnya pada prasasti Canggul di Jawa Tengah yang tarikhnya ditafsirkan sebagai 652 Tahun Saka (730 M), menunjukkan takwim dalam bentuk pengetahuan ilmu falak telah digunakan. Manakala patung Amoghapasa di Padang Candi Sumatera didapati menggunakan simbol matahari bagi mewakili angka dua belas.
Penggunaan simbol ini membuka persoalan yang lebih kompleks tentang hubungan antara angka dengan pemahaman ilmu falak. Ini disebabkan matahari dengan angka dua belas amat sinonim. Pergerakan tahunan bumi mengelilingi matahari berlaku pada latarbelakang dua belas buruj. Pemahaman ini telah wujud dalam semua tamadun yang lebih awal daripada Alam Melayu. Begitu juga dalam prasasti Kedukan Bukit di Palembang, Sumatera, Slametmuljana dalam Shaharir Mohamad Zain (2000:213) mencatitkan hubungan antara tarikh yang sepadan dengan fenomena fasa bulan. Justeru itu, objek langit, seperti bulan dan matahari serta fenomena yang ditunjukkannya, seperti tanda musim dan perubahan fasa bulan menjadi simbol bagi tarikh. Pengaruh orang-orang Hindu terhadap pengamalan takwim purba Alam Melayu hanya berlaku daripada aspek penggunaan istilah dan penyeragaman kaedah sahaja. Menurut (Raffles 1965:478), dalam takwim Hindu, sistem satu minggu tujuh hari atau ‘Ketika tujuh’ menggunakan sejumlah tujuh objek langit yang diketahui ketika itu; ‘Diti, Soma, Ang’gara, B’udha, Raspat’i, Sukra dan Sanischara’. Penggunaan nama hari ini digunakan juga dalam takwim Jawa/Hindu. Sistem satu minggu lima hari atau ‘Ketika lima’ pula berleluasa digunakan untuk tujuan ramalan dan firasat. Ketika lima ini disenaraikan dalam Mohd. Taib Osman (1989:145); ‘Maswara, Kala, Seri, Brahman dan Visnu’. Dalam sistem takwim tiga puluh hari, jumlah tiga puluh hari ini diambil daripada 28 manzilah bulan (‘nakshatras’) bulan dalam sistem takwim qamari dan ditambah dua hari ‘gelap’. Dalam ‘ilmu rejang’, unit unit nama hari ini menggunakan nama-nama haiwan tertentu sebagaimana disenaraikan dalam Skeat (1967:664).
Selepas kedatangan Islam, aplikasi ilmu falak dalam takwim lebih jelas. Catatan tarikh pada batu-batu nisan dan batu bersurat menunjukkan tarikh Hijri lebih sarat dengan unsur-unsur ilmu falak. Pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kampung Tersat, Kuala Berang, Terengganu, terdapat catatan yang berkaitan dengan penggunaan takwim hijri, iaitu:
...... adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua ..… Begitu juga dengan tarikh yang tercatit pada batu nesan yang dijumpai di Permatang Pasir, Pekan, Pahang. Tulisan tarikh pada batu nesan berkenaan ditafsirkan seperti berikut,
…… waktu subuh hari Rabu 14 haribulan Rabiu Awal tahun hijrah 419…
(Othman Yatim et. al,1990)
Sesuai dengan takwim yang menjadi penjalin hubungan rapat antara kehidupan manusia dengan kosmos, fungsi takwim di Alam Melayu pasca Islamisasi lebih menyeluruh.Hubungan manusia dengan alam, dizahirkan dalam aplikasi takwim melalui ‘beberapa nasihat’ tentang cuaca, aktiviti manusia dan amalan pemakanan. Jika kaedah takwim dalam manuskrip falak sebelum abad 19 M masih mempunyai ciri-ciri pseudo sains, takwim yang disusun pada suku pertama abad lepas didapati memuatkan maklumat yang lebih emperik. Dalam Takwim Natijah 1332 H/ 1913 M oleh Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Mursyid Riau dan takwim-takwim cetakan Matbaah al-Ahmadiah sebelum 1930an, ‘nasihat-nasihat’ berkenaan menjadi maklumat wajib. Antaranya hubungan kedudukan buruj-buruj matahari dengan cuaca dan keadaan angin, jenis makanan yang sepatutnya diambil pada musim-musim tertentu serta jenis riadah yang sesuai. Lebih menarik lagi, apabila ‘nasihat-nasihat’ ini disertakan dengan sebab musabab yang logik daripada segi kesihatan, hubungan dan kesuburan seksual, jenis makanan dengan penghadamannya serta kesesuaian ekosistem tempatan. Ini menunjukkan nilainilai sejagat dan gaya hidup seimbang menjadi perhatian utama, dan takwim menjadi medium perantara yang berkesan. Berdasarkan perbincangan di atas, takwim sama ada pengaruh Hindu, Islam atau apa jenispun, merupakan catatan sejarah sesuatu masyarakat. Unsur-unsur ilmu falak digunakan sebagai unit takwim yang berkesan, manakala takwim pula menjadi mekanisme yang menjalin hubungan antara manusia dengan alam dan manusia denganmanusia.
sumber: http://www.falak.unisza.edu.my/files/Kesan_Pengamalan_Ilmu_Falak.pdf